Selamat Datang Ke Pusat Rawatan As-Syifa'
Pusat Rawatan As-Syifa’ merupakan sebuah syarikat
yang berkonsepkan klinik homeopathy dan perubatan alternatif (tidak
termasuk rawatan mistik) disamping menjual barangan dan
makanan kesihatan, telah beroperasi sejak 15 April 1998 dengan pengalaman
merawat pelbagai jenis penyakit biasa mahupun kronik.
Pusat rawatan ini mempunyai kelainannya yang tersendiri dengan menawarkan pelbagai jenis rawatan dan ubatan alternatif .
Perubatan HOMEOPATHY
Homeopathy diasaskan oleh Dr. S. Hahneman pada tahun 1810 di Jerman. Terdapat lebih 20 buah negara yang mengamalkan perubatan ini, antaranya:
1817
Hungary
1818
Amerika Selatan
1821
Itali & Denmark
1823
Amerika Syarikat & Rusia
1823
England
1827
China
1829
Sepanyol
1830
Jepun & Perancis
1835
India & Pakistan
1850
Australia & Kanada
1937
Malaysia & Singapura
Di United Kingdom, homeopathy mendapat sanjungan & diaplikasikan secara meluas. Malah Queen Elizabeth mempunyai doktor peribadi dari homeopathy. Di sana terdapat Hospital Homeopathy DiRaja (The Royal Homeopathy Hospital).
Manakala di Perancis terdapat 6 buah universiti yang menawarkan ijazah kedoktoran homeopathy. Kini terdapat lebih 11,000 doktor homeopathy dan lebih 20,000 farmasi menjual penawar homeopathy.
Masyarakat di Malaysia da Singapura mula mengenali homeopathy sejak tahun 1938 yang diperkenalkan oleh Prof. Burhanuddin Helmy.
Oleh kerana perubatan homeopathy telah bertapak lebih 200 tahun yang lalu berlandaskan falsafah yang kukuh dan terbukti ianya sangat berkesan. |